SYARIKAT RIA KEMBARA SDN. BHD. merupakan sebuah syarikat pelancongan disamping menawarkan perkhidmatan pengangkutan sebagai kemudahan kepada pelancong asing dan tempatan.
Dengan izin – Nya, Ria Kembara Sdn Bhd juga telah berjaya mengendalikan lebih 5000 jemaah Umrah dan pelancongan luar negara sehingga kini. Kami menawarkan khidmat pembimbing umrah yang bertauliah lagi berpengalaman bagi menyantuni jemaah umrah kami sebelum, semasa dan selepas mengerjakan ibadah umrah. Selain itu, kami juga berpengalaman dalam menganjurkan pakej pelancongan ke luar negara seperti Turki, Indonesia, Vietnam, Palestin dan lain- lain.








Ria Kembara bukan sekadar sebuah agensi pelancongan – kami adalah sahabat setia dalam setiap langkah perjalanan ibadah anda. Dengan kepakaran dalam pengurusan Umrah, Badal Haji dan Umrah, Qurban dan Aqiqah, serta pelaksanaan program wakaf seperti Wakaf Perigi, Wakaf al-Quran serta Ad-Dawa’ supplemen Habbatus Sauda, propolis dan minyak zaitun kami bertekad untuk menjadi jambatan kepada umat Islam dalam meraih keberkatan dan keredhaan Ilahi.
Setiap pakej dan program kami dirangka dengan penuh amanah, ihsan dan kasih sayang demi memastikan pengalaman rohani yang tulus, selesa dan bermakna. Bersama Ria Kembara, perjalanan anda bukan sekadar destinasi – ia adalah ibadah yang membawa pulang ketenangan dan pahala.
© 2025 Ria Kembara. Powered by Aswa&co